ISLAM “Pas Style”

February 12, 2011

“Kerajaan Malaysia sedang bertungkus lumus untuk membawa keluar pelajar pelajar kita di Mesir. Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia bersengkang mata tidak tidur dan cukup rehat menjadi penghuni dibawah khemah menunggu dipintu masuk International Departure Cairo International Airport. Ada sekumpulan Sukarelawan lagi, sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk proses menghantar bekalan makanan dan memastikan anak anak kita dibawa ke Cairo International Airport…….dan seterusnya di sini.

Inilah cara perjuangan untuk membantu rakyat bukan setakat dok menyalak kat kampung dalam kedai kopi. Cakap berdegar-degar hendakkan pemerintahan cara ISLAM. Tapi cara hidup dan cara pemikiran boleh menggambarkan keperibadian ahli PAS. Di kampung-kampung sekitar Bachok, puak-puak inilah sepatutnya pakat turun ramai-ramai ke Mesir untuk menolong dan membantu anak kecil tapi pemimpin hari esok dengan bantuan tenaga atau apa saja. Tapi apa yang berlaku sebenarnya jauh panggang dari api. Cakap aje yang lebih. Di kampung ni, pakai kopiah putih, lusuh-lusuh sikit mesti dapat lesen zuhud. Tapi cara hidup lebih dahsyat dari kata-kata. Tu belum lagi pengulas politik kampung ulas mengenai isu Palestine dan Baitul Maqdis. Sepatutnya merekalah yang paling awal tempah tiket untuk ke sana……

Kebesaran ALLAH Taala yang menjadikan makhluk yang pelbagai dan inilah salah satu kejadian yang dijadikan yang mana semua orang salah belaka…buatlah apa saja kebaikan tapi keburukan juga yang disangka. Ingatan ini ditujukan khas untuk Dato’ Awang Adek dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Bachok. Jangan nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

MedangKamulan: Kenal benar sikap hipokrit tukang pegang lesen syurga di Bachok….ehem..ehem…

 

 

Oook aloh laaaaa…..

February 5, 2011

Punoh…punoh..bakpo la ado lagi pemimpin hok dok tabor pitih ko rakyat nih…naik heran jugok kawe ado lagi orghe main politik stail belum perang nih. Pakai stail zaman Jepun, politik stail zaman Tokkong tonggek. Gapo la nak jadi dengan kawasan Bachok nih. Berjalan rumah rakyat tok sir, ziarah tengok tanya khabar rakyat tak berapa nok gi, kalu kecek gak sikit-sikit berjiwa rakyat. Tapi peel perangai soh-soh tok sir ko rakyat. Hello boh, zaman lo ni orghe tak main pitih doh, rakyat tak tengok kaya setaro mana kita tapi rakyat menilai kita setakat mana rakyat boleh wak kecek berkiro, minta tolong ko…

Ye la, zaman kad kredit ni, kad tol pun orghe guna touch and go tapi rakyat bukan pagar tol. Setakat mari ke kampung dok nyohor banyak pitih, rakyat ambil tapi ambil sajaaaa. ..belakang pusing orghe selok suko. Wakaka africa sungguh. Cikgu-cikgu pun bersiap ler, sapa doh masa puak-puak demo kena panggil keno saroh ko PPD. PPD pun bukan main kena tunjuk jasa……

Medang and the gang dok perati dari jauh lo ni….balik cuti raya china jah tak cukup telinga nak dengar….macam-macam ada…baik ada makna tu…..

Politik Wang Dalam UMNO

October 24, 2008

Bukan menjadi rahsia bagi rakyat Bachok politik wang menjadi teras dalam pemilihan UMNO Bahagian Bachok pada 18 August 08 yang lalu. Bahkan sekarang menjadi cerita lucu bagaimana calon Naib Ketua UMNO, G7, Jawatankuasa @ wakil mereka terkejar-kejar perwakilan dari peringkat cawangan. Banyak taktik dan strategi  digunapakai untuk menghalalkan  pemberian.  Perwakilan  dari cawangan  pun tumpang sekaki  berpesta  berebut  habuan yang  jatuh  dari langit.  Nampak  gayanya  penyakit  politik wang telah berjangkit  di Bachok.

Isu Mesyuarat PEMUDA pada 11 August 08 yang dicemari dengan perwakilan PEMUDA Cawangan yang BUKAN ahli UMNO pun nampak gayanya gagal mendapat perhatian dari pihak tertinggi parti samada Bahagian atau pun Badan Perhubungan Negeri. Anak-anak muda yang julung kali berdamping rapat dengan UMNO mula meragui kejujuran UMNO.

Perlukan bukti? Jom tanya perwakilan, kalau malas sangat duduk je di kedai kopi, pasang telinga, dengar ketawa berdekah-dekah perwakilan dok cerita kain pelikat tak berapa laku musim ni, duit lak, sapa yang bagi banyak.

Siapa tipu, menipu dan tertipu? Itulah UMNO yang makin hilang pertimbangan keadilan.

Orang Lain Kena Ubah, Kita….er…er..

May 5, 2008

Peruntukan RM2.5 bilion tambah pengeluaran pertanian

JELI – Rakyat diseru berjimat-cermat dan mengelakkan pembaziran, terutama beras bagi menangani krisis kekurangan bekalan komoditi itu yang dihadapi negara pada masa sekarang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar dan rakyat seharusnya peka serta membantu memastikan negara tidak menghadapi krisis itu

“Walaupun kerajaan membelanjakan berbilion ringgit, jika rakyat tidak membantu maka segala langkah yang diambil tidak akan menjadi dengan keadaan harga beras yang semakin naik dan bekalan yang tidak mencukupi.

“Rakyat tidak perlu salah faham, bukan kita melarang tetapi perlu belajar berjimat cermat mulai sekarang……….selanjutnya di sini

Di sinilah kita rakyat kampung di Ulu Bachok tak faham. Bila orang besar pergi melawat kambing, kita semua disuruh ternak kambing, bila pembesar melawat ladang bunga di Belanda, geger riuh pakat royat citer kita kena buka ladang bunga untuk ekspot, bila gas memasak naik, kita  juga yang disuruh ubah sikap untuk memasak guna kayu api, bila minyak naik sekali lagi kita disuruh ubah cara kita berkenderaan. Sampai sekarang kita hanya kita yang disuruh berubah. Orang berkemampuan tidak pernah pun cuba untuk berubah cara hidup.

Kita dapat tengok dengan kepala kita betapa ramai orang membawa keluarga bersantai di Pantai Irama, Bachok setiap minggu. (Kita kena akur Dato’ Dr. Awang Adek yang bawa perubahan menaiktaraf Pantai Irama Bachok.) Tapi ramai sungguh yang bawa kereta. Ini yang kita hairan. Kita hairan sebab yang datang ke tempat free macam tu adalah yang senasib dengan kita. Bawa nasi bekal, air tong kerana kita rakyat biasa yang tak mampu bayar tiket ke Taman Tema. Itulah pelarian diri kita. Tapi bila kajian, kongress, konvensyen dan tah apa-apa yang dianjurkan oleh golongan elit Melayu mereka gagal menghayati keperluan kita rakyat biasa. Itulah punca kejadian …biar orang ubah sikap, kita kena berubah, berubah atas kehendak ISLAM, bagus untuk senaman, baik untuk kesihatan dan seribu satu lagi alasan. Wahai cerdik pandai Melayu, bukan kami tidak mahu berubah, tapi ubahlah cara pentadbiran ekonomi untuk rakyat, ubahlah gaya kepemimpinan biar rakyat yakin tradisi UMNO Membela Rakyat.

Untuk Mu Panglima Nazri

April 21, 2008

Ahli UMNO berhak tentukan kedudukan PM



PUTRAJAYA 20 April – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, beliau ti dak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan meskipun sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan tentang perlunya perubahan dalam kepimpinan parti itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, ahli UMNO mempunyai hak untuk menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana Abdullah dipilih menduduki jawatan itu berdasarkan keputusan ahli-ahli UMNO yang memilihnya untuk menjadi Presiden parti.

“Soal Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, mengikut pandangan saya yang tidak cerdik, itu adalah tidak tepat.

“Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli UMNO yang memilih beliau sebagai Presiden parti dan mengikut konvensyen, sebagai Pengerusi BN beliau dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Usah didebatkan soal ini kerana apapun Abdullah datang dari UMNO dan kepada UMNO ia (kedudukannya) harus kembali,” kata Muhyiddin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoal kan hak UMNO untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Ab- dullah menjadi Perdana Menteri seperti yang di tunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mohamed Nazri membidas segelintir pemimpin UMNO termasuk yang bertaraf menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur dan menyifatkan mereka sebagai ‘kurang cerdik’.

Sebelum ini, Abdullah yang akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini berkata, peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilakukan apabila parti berada dalam keadaan baik supaya proses itu berjalan lancar.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdaga ngan Antarabangsa dan Industri berkata, pandangannya mengenai isu peralihan kuasa dalam wawan cara dan kenyataan kepada media sebelum ini lahir daripada rasa cinta dan sayang kepada UMNO serta bangsa Melayu.

petikan dari Utusan Malaysia

Faktor Muhyiddin kukuhkan UMNO

April 14, 2008

mSTAR Online

Oleh G. MANIMARAN

LUAHAN isi hati Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri Tan Sri Muhyiddin Yassin –  UMNO akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi jika tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti.

“Saya fikir ada satu perasaan membuak-buak di peringkat bawah iaitu perasaan tidak puas hati yang ketara.

“Oleh itu saya berpendapat, kalau tidak berlaku perubahan dalam UMNO, maka banyak perkara tidak baik akan terjadi. Justeru, saya takut jika saya tidak bercakap dengan benar, ia akhirnya boleh membawa bencana kepada orang Melayu dan UMNO,” tambah Naib Presiden UMNO ini dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia kelmarin.

Muhyiddin, pemimpin kanan dari Johor melahirkan pandangan sedemikian beberapa hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin UMNO Johor, minggu lalu.

Muhyddin, yang dipilih buat pertama kali sebagai Naib Presiden pada tahun 1993, menjelaskan mengapa beliau terpaksa bersuara menyatakan kedudukan sebenar dalam parti dominan dalam BN ini.

Jelas beliau: “Saya perlu bersuara walaupun tidak lantang tetapi tegas dan jelas kerana apabila saya bercakap ini, saya tidak melihat (membayangkan) muka sesiapa, sama ada muka Pak Lah, Najib, Muhyiddin atau Mat Taib atau mana-mana pemimpin UMNO.

Apa yang saya bimbang ialah UMNO dan orang Melayu akan kalah. Saya benar-benar takut kalau saya tidak mengatakan yang hak (benar) walaupun yang hak itu adalah pahit maka UMNO boleh terjerumus ke dalam keadaan lebih teruk.”

Sejak aktif dalam politik persekutuan, beliau dalam Kabinet terbaru susulan pilihan raya umum ke-12 beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menggantikan Datuk Seri Rafidah Aziz, Ketua Wanita UMNO.

Dua hari sebelum pertemuan Abdullah selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan UMNO Johor, muncul laporan yang mengatakan Badan Perhubungan UMNO negeri itu akan menyarankan agar pucuk kepimpinan mengambil cuti sementara memulihkan UMNO dan BN ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12.

Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Johor.
Muhyiddin juga, selepas pertemuan tertutup Abdullah dan Badan Perhubungan UMNO Johor menyatakan bahawa Perdana Menteri akan berbincang dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenai pelan peralihan kuasa.

Menurut Muhyiddin, Abdullah telah memaklumkan UMNO Johor yang beliau akan berbincang secara terperinci mengenai pelan tersebut dengan Najib, yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Tempoh peralihan dan sebagainya tidak disebut secara terperinci.
Hari ini, Menteri Luar dan anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Rais Yatim pula menyatakan adalah menjadi hak anggota UMNO untuk meminta Abdullah meletak jawatan atau mengumumkan pelan peralihan kuasa.

“Saya rasa jika pelan peralihan kuasa diumumkan, pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi akan tahu tempoh yang ditetapkan dan ia adalah baik untuk menstabilkan parti. Peringkat akar umbi sepatutnya dibenar menyatakan apa yang mereka rasa,” katanya.

Sejak pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu, banyak pihak dalam UMNO memberikan saranan dan pandangan mengenai prestasi UMNO, punca dan tindakan yang perlu diambil oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Antara mereka yang secara tegas memberikan pandangan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kedua-dua mereka selain meminta diadakan perhimpunan agung khas dan Abdullah supaya berundur, juga berpandangan Najib tidak layak untuk mengisi kekosongan jika wujud kelak.

Najib pula telah berulang menyatakan kesetiaan dan sokongan padu kepada Abdullah. Abdullah sebagai balasan telah mendedahkan Najib sebagai pengganti beliau kelak. Bila? Ramai menunggu dan membuat spekulasi mengenainya.

Pemerhati politik berandaian bahawa Abdullah tidak akan berundur dengan secepat mungkin sebagaimana dijangkakan oleh segelintir ahli UMNO dan orang luar. Sebaliknya Abdullah akan cuba untuk memulihkan kedudukan UMNO sedaya upaya yang boleh, sebagai langkah untuk memikul sebahagian tanggungjawab ketika pilihan  raya umum baru-baru ini.

Ketika ini senario politik UMNO pada masa sekarang ramai juga tertanya-tanya mengada Muhyiddin lebih bersuara berbanding Najib. Apakah yang menggerakkan Muhyiddin untuk bertindak sedemikian? Apakah motif atau agenda politik Muhyiddin, bekas Menteri Besar Johor ini?

Najib dan Muhyiddin merupakan anggota ‘pasukan yang sama’ ketika merebut kerusi Naib Presiden pada tahun 1993. Kini Najib berada di tempat kedua dalam UMNO dan Muhyiddin kini dilihat sebagai orang paling kanan selepas Najib.

Bagaimanapun ramai juga menganggap bahawa tindakan Muhyiddin yang kelihatan ‘agresif’ dan ‘panas’ apabila mengeluarkan kenyataan bukan bertujuan memperkecilkan kedudukan Najib.

Najib sebagai timbalan kepada Abdullah dalam parti dan kerajaan mempunyai komitmen beliau agar tidak menyatakan pandangan yang boleh menjejaskan reputasi Abdullah selaku Perdana Menteri dan Prestasi.

Secara moral, Najib juga terikat dengan tanggungjawab sedemikian. Tetapi tidak bagi Muhyiddin, yang bebas membangkitkan luahan ahli dan penyokong-penyokong akar umbi mengenai parti. Itu perbezaan antara Najib dan Muhyiddin.

Jika begitu keadaannya, sejauh mana faktor Muhyiddin akan mencorakkan masa depan UMNO?

Adakah Muhyiddin bertindak bersendirian ataupun mewakili sekumpulan yang ingin melihat perubahan dalam UMNO sendiri? Pemerhati politik dalaman UMNO pernah menyebut bahawa Muyhiddin sanggup menjadi ‘mangsa’ jika ada pihak yang tidak gembira dengan pandangannya itu daripada melihat UMNO musnah kelak.

Apapun percaturan politik Muhyiddin, selain ia dilihat boleh menguntungkan beliau, malah boleh memanfaatkan UMNO dalam jangka panjang.

Terungkailah Kisah Pelik Dengan Pembangkang

April 11, 2008

Dr. Mahathir: Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?

Saya sebelum ini amat biasa dengan kritikan dan serangan Ahli Parlimen DAP terhadap Barisan Nasional dan Parti Perikatan sebelumnya, kononnya kerana terdapat apa yang dikatakan sebagai salahlaku.

Bagaimanapun, selepas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, salahguna kuasa yang dilakukan secara terang, dan tindakan yang salah yang dilakukan Kerajaan tidak sedikitpun mengundang teguran orang kuat DAP macam Karpal dan Lim Kit Siang.

Baca seterusnya di sini
medangkamulan-Sebilangan ahli UMNo yang tidak mempunyai kepentingan peribadi selain dari berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara tertanya-tanya mengapakah dalam keadaan yang amat pincang dari segi pentadbiran dan kronism yang berleluasa kita tidak pernah melihat pembangkang melalui Barisan Rakyat mengkritik dan bersuara terhadap PM sekarang. Barisan Rakyat yang didukungi oleh Anwar Ibrahim seakan tidak pernah nampak kewujudan kerosakan sistem nilai, moral dan ekonomi oleh Pak Lah.
Pelik lagi bila dalam PRU12, Parlimen Rembau dan Kepala Batas yang terang-terang diselubungi misteri gagal mendapat perhatian pembangkang. Kisah Chegu Bard yang diusir dari dalam bilik tempat membilang undi dan bungkusan undi pos PM yang meragukan gagal diperjuangkan oleh pembangkang yang mensohorkan gerakan BERSIH mereka. Semua perkara ini menjadi macam puzzle dan kita hanya perlu mengatur susun kembali kepingan itu untuk melihat maksud tersirat.
Kita boleh bertanya lagi mana pergi BERSIH yang cuba membersihkan SPR. Mana pergi BERSIH bila kita perlu membersihkan misteri bilangan undi Parlimen Rembau. Selain dari Chegu Bard yang bagai “lurus sudip” dalam politik, kita tidak dengar sesiapa pun dalam PKR yang membela Chegu Bard. Chegu Bard, anda kena kencing sebenarnya.

Mana Boleh!!!!

April 9, 2008

Arca Pintu Masuk ke Pantai Irama BachokMenara PenyelamatMasih Dalam PembinaanWajah Baru Sebagai Daerah Pelancongan

Seluruh Bachok tahu kalau tidak seluruh Kelantan pun sumbangan Dato’Awang Adek kepada pembangunan dan pembaharuan Bachok. Sedih dan rasa terkilan kerana dalam masa tidak sampai pun 40 hari kalau kematian, satu papan tanda besar yang memaparkan perkara yang tidak sepatutnya. Inilah yang dikatakan lembu punya susu sapi dapat nama, antan lesung berlaga, ayam yang kenyang. Kat Bachok. Puak ni tak habis-habis dengan perangai berak atas pusu!

Tiada, kaba-kaba ada pulok doh

UMNO Pesen Baru

April 9, 2008

Perkembangan pelik yang semakin ajaib berlaku dalam UMNO sekarang. Status-quo sudah pupus dalam organisasi seperti UMNO. BigDog ada cerita hangat di sini yang menyakinkan kita khabar tidak rasmi yang bertiup selama ini. Jaringan ‘Tingkat Empat’ ini sebenarnya menjangkau kepada lebih dari apa yang orang ramai sedia maklum. Selama ini, dianggap bahawa mereka yang terlibat dalam segala konsolidasi maklumat dan keputusan hanyalah mereka yang ‘keluar masuk’ dari Pejabat Tingkat Empat, Wing Kanan, Bangunan Perdana Putra dan personaliti yang amat terdekat dan berurusan………

Khir sudah, Mukhris sudah, Khairy je yang belum…

April 5, 2008

Secara terbuka dua calon yang berminat telah menawarkan diri masing-masing bersandarkan kewibawaan yang tersendiri. Mukhris anak mantan Perdana Menteri yang telah mempamerkan sikap berani dengan menghantar surat meminta PM sekarang bertanggungjawab atas musibah yang berlaku dalam PRU12 dan Khir yang dengan beraninya meletak jawatan atas dasar kebertanggungjawaban atas musibah PRU12. Hanya Khairy yang tidak pernah teruji saja yang masih berdiam diri berlindung di belakang mertuanya.Blogger Datuk Kadir Jasin di http://kadirjasin.blogspot.com/ ada ulasan tersendiri mengenai ketiganya.

Bigdog pula mempunyai resepi menarik untuk PM selamatkan UMNO dan Kerajaan Malaysia. Bacaan penuh ke ..http://bigdogdotcom.wordpress.com/


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.